Bahan-bahan
1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh
soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan
minyak masak selama 45 minit. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15minit. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

0 comments:
Post a Comment